
MEMOHON SUMBANGAN JUALAN JUMBLE UNTUK PROJEK TEMPAT LETAK KERETA & KANTIN SMK TINGGI ST DAVID BAGI TAHUN 2023-2025 SEMPENA KARNIVAL 2023
Merujuk perkara di atas, saya mewakili pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Tinggi St David, ingin memohon sumbangan anda untuk barangan baharu dan terpakai yang boleh dijual oleh PIBG semasa Karnival 2023 pada 22 Julai 2023.
Sekiranya anda ingin menyumbang barangan terpakai, sila pastikan bahawa barangan tersebut masih berada dalam keadaan sesuai untuk dijual.
Tempoh masa penghantaran barang sumbangan tuan puan ialah antara 3 hingga 17 Julai 2023. Tatacara penghantaran barang sumbangan:
1. Berjumpa dengan pengawal keselamatan pada bila-bila masa
2. Catatkan nama, nombor telefon dan turunkan tandatangan dalam borang yang disediakan.
3. Pengawal keselamantan akan bantu ambil gambar dan simpan barang tersebut di tempat yang telah ditetapkan.
Untuk makluman, semua keuntungan akan digunakan untuk Projek Tempat Letak Kereta dan Kantin SMK Tinggi St David bagi tahun 2023-2025.
Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan menghubungi saya (Whatsapp) di 0124990320.
Dr Daniel Wong Wai Yan
Yang Dipertua PIBG
SMK Tinggi St David
#karnivalsdhs2023